MALAY/BAHASA MELAYU
 
- Penceritaan Pendek -

Mesej terakhir Tuhan kepada amda yang terkandung di dalam buku
The Testament of Truth.

Tuhan berpesan: Untuk tiba di Tempat Baru yang telah dijanjikan selepas kematian di bumi, anda mesti cuba keluarkan pemikiran jahat dan dusta dari minda anda, supaya anda boleh lebih berdamai dan bertolerasi dengan semua orang dan agama.

Ini boleh dilakukan dengan menguatkan minda anda dengan Cahaya, yang telah dilepaskan di dalam diri anda bila anda memikirkan tentang Bintang Pagi (Morning Star), yang sebenarnya ialah Bintang Bethlehem (Star of Bethlehem), bila anda mengucapkan doa berikut tiga kali sehari.

Nabi Isa – Saya nampak pancaran bintang anda
Nabi Isa – sentiasa bersama saya
Nabi Isa – tolonglah bantu dan selamatkan saya

Atau

Pencipta Syurga – Ibu * tercinta
Saya nampak bintang anda – yang berpancaran diatas
Tolonglah bersihkan minda saya dengan cinta dan kasih sepenuch anda
Supaya saya boleh patuh panggilan kedamaian anda dari atas.

Perhatian: Ibu * - Boleh sebut Ibu atau Ayah.

Cahaya Tuhan membersih dan mengeluarkan perasaan jahat seperti kemarahan, ketakutan dan kebencian dari roh anda. Semua ini adalah perasaan jahat yang tumbuh kuat dalam anda setiap kali anda menyalahgunakan atau memanipulasi sesiapa.

Anda akan menjadi lebih jahat pada bila-bila masa, dan pemikiran serta penentuan anda akan menjadi sangat buruk dan jahat sampai ia membuat anda berbuat jahat pada orang dan juga pada diri anda sendiri. Ini akan berlaku sebelum anda bebas dari kegelapan yang terdapat di dalam diri anda.

Apajua kejahatan yang telah anda sebut atau lakukan, dan akan terus lakukan, keatas orang lain, akan sama juga dilakukan terhadap anda oleh orang lain. Tetapi Saya berpesan: Jikalau sesiapa menyebut apa-apa yang buruk tentang anda, ataupun memukul anda, Anda TETAP TIDAK MESTI buat yang sama terhadap orang itu. Hanya penakut, dan sesiapa yang belum mendengar tentang Rukun Saya "Jangan berjahat tapi berkemaafan" ("non-retaliation & forgiveness"), akan memukul balik orang yang pukul mereka.

Perintah Tuhan yang unggul adalah ‘Suka sesama diri, kaum dan bangsa,’ dan, mulai sekarang anda mesti tunjuk hormat kepada semua orang, terutama sekali orang yang jahat dan berdusta, meskipun mereka ingin membunuh anda sebab, apajua yang berlaku pada anda, adalah ‘balasan dendam’ untuk apa yang anda telah lakukan pada mereka sebelum ini, sama ada di dalam kehidupan ini atau kehidupan lain.

Semua mesti ikut jejak Nabi Isa, dan tidak mesti berbalas dendam jika mereka terperangkap dengan pelbagai cara. Ramai akan mati bila mereka di menyalahgunakan. Tetapi sesiapa yang mengikut tunjukcara Nabi Isa dengan menjadi seperti seekor ‘anak biri-biri’ yang tidak menyerang balik, akan pergi ke Tempat Baru yang dipanggil dengan pelbagai nama, ada juga yang panggil ia Syurga.

Badan mereka akan masih berada di bumi ini, tetapi hanya roh dalam diri mereka yang akan naik keatas ke Tempat Baru Tuhan untuk selama-lamanya. Tetapi, sesiapa yang berbuat jahat, berfikiran buruk, berdusta, dan membunuh akan ke tempat yang kegelapan, kesejukan, ketakutan yang dipanggil Neraka!!

Anda MESTI cuba sedaya upaya untuk tidak berbuat jahat dan berdusta terhadap orang lain. Sema orang, kaum dan bangsa adalah abang dan adik dalam mata dan hati Tuhan. Orang-orang jahat akan bertukar menjadi baik apabila diri dalam mereka ‘dibersih’ dari kemarahan dan ketakutan. Kita hanya perlu bagi orang-orang jahat ini peluang dan masa untk menjadi baik.

Kalau anda selalu menyebut Doa Bintang yang diberi diatas, ia akan menjadi lebih senang untuk memastikan tiada pemikiran buruk dapat masuk kedalam minda anda. Dengan itu, apabila orang jahat ingin cederakan anda, anda akan lebih patuh pada Tuhan dengan senang, dan ia tidak akan membuat anda balas balik atau cederakan orang-orang yang telah membuat sedemikian terhadap anda.

Untuk pergi ke Tempat Baru itu, apa yang anda perlu buat adalah PATUH PADA PERINTAH DAN ARAHAN TUHAN dari Saya, tunjuk pada Tuhan perkara-perkara baik yang anda lakukan dengan mematuhi segala Perintah Tuhan.

Anda mesti cuba sedaya-upaya anda untuk melupakan perkara-perkara jahat yang telah dilakukan terhadap anda atau keluarga anda dari orang lain. Orang jahat tersebut berbuat demikian sebab pemikiran mereka pun jahat, dan juga sebab mereka tidak tahu bagaimana mengeluarkan perkara buruk dari minda mereka.

Semua pemikiran jahat datang dari Setan/Syaitan. Kita semua, tak kira kaum, bangsa dan agama, telah membenarkan pemikiran jahat masuk kedalam minda kita pada suatu ketika, dan sebab itulah kita telah buat jahat dan dosa dari dulu sampai sekarang juga.

Kita mesti berkemaafan sesama orang untuk kebuntuan serta kejahatan kita yang lepas. Dari sekarang semua mesti cuba sedaya-upaya untuk menjadi seorang insan yang baik dan hormat pada semua. Tolonglah Bantu orang-orang jahat juga dengan memberitahu mereka doa ini, agar minda mereka akan menjadi baik dan mereka akan berhenti berbuat jahat serta dosa.

Bantulah sesiapa dalam kesusahan. Tetapi kesusahan tersebut tidak boleh yang main-main atau untuk menipu orang. Kongsi mesej ini dan makanan dengan mereka, juga dengan orang jahat yang telah menyederakan anda. DENGAN INILAH Tuhan akan nampak anda sebagai seorang insan yang berkemaafan dan berbelas kasihan.

Jikalau anda disuruh oleh seseorang untuk pergi membunuh orang lain, anda mesti beritahu mereka dengan BERANI "TIDAK!" sebab sekarang anda akan hanya mematuhi Tuhan sahaja, bukan manusia. Kalaupun mereka cakap Tuhan yang beri kebenaran untuk bunuh orang lain, anda mesti juga BERANI menetang mereka dan cakap

"TIDAK BENAR. TUHAN TIDAK MENYURUH SESIAPA BUAT DEMIKIAN. HANYA MANUSIA YANG TIDAK BERKAL AKAN BERBUAT PERKARA BURK SEPERTI ITU. TUHAN ADALAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG KEPADA SEMUA."

Kalau anda masih membuat perkara jahat, anda tidak mendengar perintah Tuhan dan akhirnya roh anda akan mati juga. Walaupun badan anda sudah meninggal, hanya Tuhan sahaja yang dapat menamatkan roh anda.

Jikalau ini yang berlaku, ia bererti roh anda akan ditinggalkan dalam kegelapan selama-lamanya di mana ia akan dicederakan dengan kesakitan oleh roh-roh jahat lain.

Jadi tolonglah selalu ‘bersihkan’ dan kuatkan minda anda dengan berdoakan Doa Bintang, dan membaca mesej ini setiap hari. Dengan cara inilah anda boleh nampak dengan jelas fikir pasal sekarang, bukan yang dah lepas. Jikalau anda masih fikir pasal perkara-perkara yang lepas, nanti Setan/Syaitan akan menyuruh anda buat sesuatu yang jahat untuk membalas dendam. Ini akan membuat anda patuh pada Setan dan anda akan mati.

Kawan, Tuhan berpesan "Hanya Cinta,hanya kekasih cari jalan mereka untuk keatas, sesiapa yang mengabaikan panggilan Saya, akanlah keabadianmu tangis selama-lamanya."

Kalau boleh, tolong baca kesemua 12 halaman yang berjudul "Brief Summary" yang berada dalam website saya dalam pelbagai bahasa.


atau
http://www.the-testament-of-truth.com
atau
http://www.the-testament-of-truth.co.uk

Dan kalau anda tahu sesiapa yang boleh buat translasi mesej-mesej serta apajua informasi dari internet dalam bahasa ini, tolong buat sedemikian dan hantar ia ke ‘webmaster’ saya dalam computert disk atau email agar saya juga boleh letaknya dalam web page ini.

Terence.